Analisis Teknikal Forex: Asas, Teori, Perkakas

Pasaran Forex adalah sebuah tempat di mana semua orang berpeluang untuk mengaut keuntungan. Namun janganlah anda keliru antara nasib dan juga pendekatan secara profesional. Pelabur adalah kerjaya yang perlu dipelajari. Jika tidak, gerak hati pasti akan memakan diri, dan dagangan yang dibuat kelak hanya akan mendatangkan kerugian. Disebabkan itu, untuk memulakan karier anda, janganlah terus membuang masa, mulakan dengan mempelajari analisis pasaran secara teknikal. Dagangan anda pasti dipenuhi dengan kesedaran.

Analisis teknikal adalah trend global untuk mempelajari arah pergerakan harga, termasuklah dinamik serta petanda luaran berdasarkan data statistik terdahulu. Penting untuk anda sedar bahawa trend ini juga memiliki pelbagai alatan dan pergerakan khusus bagi membolehkan anda membuat analisis dari segala aspek. Ciri paling utama yang dimiliki adalah kitaran ulangan terdahulu. Disebabkan kebolehan itu, anda bukan saja mempelajari cara untuk mengemudi mengikut situasi semasa, malah anda juga mampu meramal apa yang akan berlaku.

Siapa Perlu Pelajari Analisis Teknikal Graf

Terdapat dua cabang utama di peringkat teori yang harus dipelajari oleh mereka yang baru hendak bermula - fundamental serta analisis teknikal.

Cabang pertama sedikit sukar untuk dikuasai kerana ia memerlukan pemahaman mendalam terhadap makroekonomi, politik dunia dan hubung kait antara dua perkara itu. Justeru, tidak pelik jika hanya mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan setaraf saja yang cenderung untuk mempelajari analisis fundamental.

Jika anda menerima pakai analisis teknikal (TA), anda tidak perlu memahami teori ekonomi yang kompleks dan mendalami polisi kewangan setiap negara mahupun blok perdagangan. Anda tidak perlu memerah otak, contohnya untuk memahami bagaimana pilihanraya presiden di sesuatu negara mampu memberi kesan terhadap permintaan minyak di pasaran dunia, dan kemudian kesannya terhadap nilai matawang di negara tertentu.

Tidak seperti analisis fundamental, analisis teknikal mengandaikan semua faktor telah diambil kira dalam menentukan nilai semasa yang ada di pasaran. Dinamik harga, iaitu ciri pergerakannya akan menunjukkan keadaan psikologi para pembida. Dengan mengetahui apakah kemahuan para peserta, iaitu pelabur utama, tidak mustahil untuk kita hasilkan sistem dagangan yang unik.

Analisis teknikal sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak bukan saja kerana ianya ringkas, ia juga serba boleh. Sejarah kewujudannya telah menghasilkan ribuan instrumen serta tontonan pergerakan harga. Setiap pelabur boleh menghasilkan ciptaan mereka sendiri, tanpa perlu bersusah payah membuat pengiraan matematik kompleks. Tanpa mengira latar belakang, kerjaya, jenis karakter, analisis teknikal Forex adalah penyelesaian efektif untuk mengaut keuntungan di pasaran tukaran asing bagi pelabur baru mahupun mereka yang berpengalaman.

Persekitaran Kerja Pelabur

Salah satu cabaran utama dalam memahami carta adalah pilihan persekitaran kerja serta objek pembelajaran. Sebagai contoh, antara soalan penting yang sering diajukan ialah pemilihan pasangan matawang yang ingin didagangkan, apakah tempoh masa yang sesuai, dan sudah tentu, terminal dagangan yang mahu digunakan.

Parameter tersebut adalah berbeza bagi setiap pedagang, bergantung kepada matlamat masing-masing. Contohnya, syarikat broker NordFX memberi peluang kepada para pelanggan mereka untuk berdagang menggunakan MetaTrader 4, terminal paling popular di dunia. Mereka boleh menggunakan sama ada terminal MT4 sendiri atau versi mudah alihnya, kemudian membuat analisis pasaran, membuka atau menutup sehingga 100 order dagangan pada bila-bila masa, di mana saja mereka berada asalkan memiliki sambungan Internet. MetaTrader4 mempunyai antaramuka yang ringkas, pelbagai ciri berguna yang sudah tersedia menjadikannya senjata hebat di tangan seorang pedagang. Anda boleh ketahui lebih lanjut bagaimana MT4 berfungsi dengan melayari bahagian yang berkenaan di laman web rasmi NordFX.  

Tempoh Masa

Tempoh masa adalah selang masa penghasilan sesuatu carta berbentuk lilin (candle) ataupun bar. Anda boleh mengurangkan gangguan di pasaran dan mendapatkan trend global dengan menggunakan tempoh masa yang berbeza, beralih daripada tempoh masa pendek kepada yang lebih panjang.

Terdapat 9 pilihan pada MT4 untuk memaparkan carta sebut harga - М1, М5, М15, М30 (1 batang lilin bersamaan 1, 5, 15 atau 30 minit), H1, H4, D1, W1 dan MN (1 batang lilin bersamaan 1 jam, 4 jam, 1 hari, 1 minggu dan 1 bulan). Justeru, dengan memilih tempoh masa satu minit, anda akan dipaparkan dengan carta harga yang berubah dalam setiap minit untuk beberapa jam, dan contoh lain, jika anda memilih tempoh masa MN, anda akan dapat lihat perubahan harga dalam tempoh beberapa tahun.

Selain itu, anda juga boleh lihat carta tick yang terhasil berdasarkan jumlah dagangan, bukan selang masa pada MT4. Satu urusan selesai - satu tick akan terbentuk. Malah beberapa tick boleh terbentuk dalam masa satu minit.

Setiap pedagang memilih selang masa mereka sendiri, bergantung kepada aktiviti dagangan yang diinginkan, strategi dagangan mereka, dan paling penting, sikap serta disiplin. Lebih besar tempoh masa, lebih sedikit maklumat yang boleh anda perolehi. Sebilangan kecil pedagang membuka dan menutup dagangan mereka dalam tempoh yang singkat, mereka akan menggunakan tempoh masa M1, M5 dan juga carta tick, dan golongan ini biasanya mendapat gelaran sebagai scalper. Pedagang yang lain akan berpandukan pada trend jangka panjang, bergantung pada carta tidak kurang daripada H4 atau D1.

Pasangan Matawang

Terdapat pelbagai usul atau cadangan mengenai pasangan matawang manakah yang sesuai untuk didagangkan. Lebih-lebih lagi, dalam kebanyakan kes, pasangan matawang “terkenal” sering ditekankan, iaitu matawang utama dengan kecairan nilai yang tinggi - USD, EUR, JPY, CHF, GBP. Pasangan yang mengandungi AUD, CAD dan NZD (dolar Australia, Kanada dan New Zealand) serta CNH (yuan China) juga amat popular.

Pada dasarnya, bukan pasangan matawang ini saja yang boleh digunakan untuk analisis teknikal Forex, pasangan biasa seperti ZAR (rand Afrika Selatan), SGD, (dolar Singapura) atau NOK (krone Norway) juga boleh. Analisis tersebut juga boleh digunakan untuk membuat unjuran terhadap banyak lagi instrumen dagangan yang boleh pelanggan pilih di syarikat broker NordFX. Antaranya matawang kripto (bitcoin, ethereum dan banyak lagi), emas, perak, minyak mentah, saham pelbagai syarikat gergasi serta indeks saham terkemuka. Ini bermakna, analisis teknikal adalah kaedah universal untuk memperoleh keuntungan bukan saja di Forex, malah di pasaran-pasaran yang lain - saham, komoditi, matawang kripto. Namun, perkakas analisis teknikal yang digunakan setiap kali perlulah mengikut tetapan sendiri bergantung kepada pasangan matawang serta tempoh masa yang diguna semasa dagangan dibuat.

Justeru, matawang dan kripto eksotik contohnya adalah lebih sukar untuk menjalani analisis teknikal, kerana tidak ramai orang yang memberi perhatian kepada mereka, jadi jumlah transaksi lebih rendah dan jumlah dagangannya pula sedikit. Hasilnya, sebarang berita atau khabar angin yang dibuat oleh spekulator kecil sekalipun mampu menyebabkan nilainya berubah secara mendadak.

Perkakas Analisis Teknikal

Jangan keliru antara alat dagangan dan juga perkakas analisis teknikal. Alat dagangan adalah sesuatu yang didagangkan (matawang, kripto, saham, dll), manakala perkakas analisis teknikal pula adalah alat untuk anda membuat analisis pasaran dan kemudian membuat keputusan mengenai sesuatu transaksi itu. Cabang ini tidak ada batasnya. Setiap tahun, pelbagai perkakas baru dan unik dicipta untuk membolehkan anda membuat keputusan dagangan yang lebih tepat. Dalam masa yang sama, majoriti daripadanya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti di bawah ini.

Perkakas Grafik

Dengan menggunakan perkakas grafik, para pedagang menetapkan corak pada carta harga dan meringkaskan proses unjuran. Ia boleh bergantung pada model matematik kompleks dan juga bentuk geometri biasa, tugas utamanya adalah untuk memudahkan tugasan menanda carta. Ini termasuklah: garis, saluran, bentuk, ikon. Contoh mudah, graf menunjukkan saluran penurunan harga sehingga kini yang berubah kepada trend menaik.

Berasaskan urutan berangka Fibonacci (kedudukan, lengkuk, sambungan, zon masa), kesemua instrumen grafik yang digunakan dalam analisis ini biasanya digelar sebagai model matematik. Ini termasuklah model yang dibangunkan menggunakan kaedah William Gunn (grid, garis, kipas, serampang), model serampang oleh Andrews and Schiff, model gelombang Eliott dan pelbagai lagi kaedah daripada saintis terkenal serta pedagang berpengalaman.

Dengan bantuan mereka, anda boleh menentukan arah pergerakan trend, pivot point yang mungkin diduduki, kedalaman pengunduran (pembetulan), dan membentuk julat dagangan semasa.

Indikator

Terdapat sedikit kelainan terhadap cabang ini, ianya mengenai kaedah matematik untuk mencari purata dan menukar harganya kepada graf-graf yang berbeza (jarang sekali berbentuk jadual), mengurangkan data berlebihan dan memperlihatkan karakter yang penting sahaja, oleh itu tugas menganalisis serta unjuran lebih mudah diselesaikan. Indikator akan berfungsi mengikut formula dengan jumlah dagangan, kecairan, kepantasan serta pecutan perubahan harga, dan sudah semestinya, trend.

Terdapat pelbagai variasi indikator, ia tergolong sama ada daripada indikator biasa yang terbukti berkesan, atau dibuat khas. Indikator biasa atau standard adalah gelaran bagi indikator yang kebiasaannya disertakan pada kit perkakas terminal dagangan dan sedia untuk digunakan. Terdapat lebih daripada 50 indikator pada MetaTrader 4. Sebilangan kecil daripadanya dihasilkan berdasarkan model matematik analisis grafik yang telah dibincangkan sebelum ini. Indikator dibuat khas pula adalah indikator sama ada yang dibangunkan sendiri sepenuhnya atau indikator standard yang diubah suai. Buat masa ini terdapat ribuan indikator yang ada, dan setiap hari muncul saja yang baru, ianya boleh dibeli atau dimuat turun secara percuma dan kemudian digabungkan pada terminal MT4 peribadi anda.

Ia dikategorikan mengikut fungsi dan tujuan:

  1. Trend (Moving Average, ADX, Bollindger Bands);
  2. Pengayun (Stochastic, RSI, RVI, MACD);
  3. Volum.

Sejumlah besar indikator dalam kategori pertama membantu pedagang dengan menunjukkan trend, arah serta kadar kekukuhan, meramalkan perubahan, mengurangkan gangguan. Kumpulan kedua pula menunjukkan pasaran lebihan belian serta jualan, menyediakan jalan masuk dan keluar (buka dan tutup dagangan). Volum menunjukkan penglibatan pedagang dan modal yang mereka miliki dalam pasaran. Ianya salah satu cara untuk melihat berapakah jumlah yang terlibat disebalik pergerakan sesuatu aset. Semua ciri tambahan dagangan yang ada pada indikator ini sebenarnya adalah transformasi daripada formula matematik.

Corak

Corak adalah corak grafik yang berulang kali terbentuk di pasaran, dan jika pemerhatian dibuat untuk jangka masa panjang, ia boleh menunjukkan pergerakan arah harga. Corak-corak ini terhasil daripada pembentukan sama ada bar atau lilin, atau kombinasi kedua-duanya yang membentuk kitaran dan selalunya akan menunjukkan senario yang diketahu sebelumnya. Konsep "Japanese candle" dan "model lilin" untuk Forex akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada artikel berasingan. Untuk pengetahuan, semua model yang digunakan terbahagi kepada:

  1. Corak Pengunduran;
  2. Corak Tidak Tentu;
  3. Corak Trend Berterusan.

Setiap daripadanya boleh menunjukkan kepada senario khusus. Namun, seseorang itu tidak boleh menganggap semuanya sebagai aksiom. Kecekapannya berubah-ubah mengikut tempoh masa, pasangan matawang dan aset dagangan yang dipilih. Disebabkan itulah setiap corak harus diuji terlebih dahulu sebelum digunakan dalam keadaan dagangan sebenar. Corak lilin yang popular: hammer, hanging man, harami, doji, falling star, absorption. Bentuk grafik: baji, segi empat, atas berganda, kepada dan bahu, cawan, bendera, panji.

Tujuan Utama Mempelajari dan Memahiri

Kesalahan biasa yang dilakukan pedagang baru adalah mereka cuba untuk belajar banyak benda, dan kemudian mempraktikkan kesemuanya. Pada hakikatnya, agak mustahil untuk berbuat demikian, kerana akan menyebabkan “pecah kepala”. Keadaan saling eksklusif sering berlaku di pasaran. Sebagai contoh, garis trend mendominasi pasaran dengan trend pertumbuhan, namun lilin yang terbentuk menunjukkan pengunduran akan berlaku. Kita dapat lihat trend penurunan pada tempoh masa M30, namun apa yang berlaku pada H4 adalah sebaliknya, ia menunjukkan pertumbuhan, dan dalam masa yang sama pengayun berada pada kedudukan neutral. Apakah yang perlu diberi keutamaan?

Tugas utama analisis teknikal adalah untuk menyediakan situasi sebagai asas supaya strategi dagangan dapat anda hasilkan.

Strategi dagangan ialah satu set aturan serta keadaan yang boleh mengandungi bacaan sesuatu indikator, analisis corak, dan juga penghasilan carta anda sendiri mengikut tempoh masa berbeza. Analisis fundamental ke atas statistik makroekonomi serta politik semasa juga boleh ditambah ke dalamnya. Lebih banyak aturan yang ada dalam strategi anda, lebih susah jadinya… ia akan menyukarkan anda untuk menganalisis situasi serta membuat keputusan yang tepat.

Pepatah ada mengatakan – “Pelan-pelan kayuh”. Agak mustahil untuk menggunakan strategi dagangan yang terlalu rumit walaupun jika menggunakan robot dagangan serta segala kemampuan yang komputer anda miliki dan bukannya memerah otak sendiri.

Robot dagangan atau penganalisis dagangan ialah sebuah program komputer yang akan menjalankan strategi dagangan sedia ada secara automatik mengikut algoritma yang telah ditetapkan. Kelebihannya adalah begitu jelas: program membuat dagangan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tidak berasa panik atau teruja seperti manusia, dan beroperasi benar-benar mengikut arahan yang telah diberikan. Ada terlalu banyak penganalisis dagangan pada MT4. Dengan bantuan pengaturcara, kini lebih mudah untuk anda membeli program tersebut atau memuat turunnya secara percuma di Internet daripada mencipta program anda sendiri. Kebanyakan idea yang terlintas di fikiran pedagang baru telah agak lama dilaksanakan. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa program yang mahal tidak semestinya bagus, dan yang percuma pula tidak semestinya teruk. Situasi sebaliknya yang sering berlaku.

Pelajari Cara Menjana Keuntungan

Cara terbaik untuk mempelajarinya adalah dengan bahan bacaan yang baik. Amat penting untuk mendalaminya daripada pedagang sebenar. Dalam kalangan edisi buku berulang yang besar, kami cadangkan buku teks fundamental seperti berikut:

  1. Jack Schwager “Technical Analysis. Full course”;
  2. Thomas DeMark "Technical Analysis - The New Science";
  3. Steve Nison “Japanese Candles: A Graphic Analysis of Financial Markets.”

Anda juga perlu tahu broker NordFX memiliki bahagian khas iaitu “Pembelajaran” pada laman web mereka. Anda boleh memperoleh banyak maklumat yang diperlukan para pedagang baru dan lama. Maklumat berguna ini bukan saja dipaparkan dalam bentuk buku dan artikel, malah terdapat juga dalam format video.

Bagi menggabungkan ilmu yang ada, sudah pasti anda perlu beralih daripada teori kepada praktikal. Akaun demo NordFX boleh membantu, ia bebas risiko, dan anda boleh memperoleh pengalaman dengan dagangan menggunakan wang maya.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.