Syarikat broker NordFX telah merumuskan prestasi dagangan pelanggan mereka untuk bulan terakhir musim panas 2021.
Sekali lagi pedagang dari India, pemilik akaun No.1584XXX berada di tempat teratas, memperoleh pulangan sebanyak USD 326,278. Keuntungan memberangsangkan ini diperoleh menerusi pelbagai jenis dagangan ke atas pasangan pound British (GBP/USD, GBP/JPY, GBP/CHF) serta Euro (EUR/USD, EUR/NZD, EUR/AUD).
Wakil dari China (akaun No.1397XXX) yang sebelum ini menduduki tempat ketiga telah bergerak ke tempat kedua dengan keuntungan sebanyak USD 210,308, juga diperoleh menerusi operasi dagangan ke atas mata wang British (pasangan GBP/USD dan GBP/JPY). Jika diingat hasil yang beliau peroleh pada bulan Julai adalah USD 179,327.
Kedudukan ketiga di podium kali ini diraih seorang pelanggan NordFX dari Vietnam (akaun No.1416XXX) yang memperoleh USD 85,467 dengan pasangan XAU/USD, AUD/ JPY serta… sudah pastinya pasangan GBP/USD sebagai instrumen dagangan.
Bagi khidmat pelaburan pasif:
- Isyarat BangBigBossTop1 dan EAs for Life masih kekal menjadi antara isyarat utama dalam CopyTrading untuk bulan kedua berturut-turut.
BangBigBossTop1 hampir menggandakan keputusan yang diperoleh pada minggu lalu, menambah hasil isyarat daripada 398% kepada 729%. Dalam masa yang sama, pengunduran maksimumnya kekal pada kadar yang sama iaitu 55%. Kejadian tersebut berlaku pada hari pertama musim panas, 1 Jun, dan kemudian lengkung keuntungannya melonjak naik. Namun, 55% adalah kadar pengunduran yang agak serius, jadi isyarat ini masih lagi berada di dalam kelompok berisiko tinggi.
Isyarat EAs for Life telah menunjukkan pulangan sebanyak 1602% sejak November 2020 sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, pada mulanya, pada 19 November, pengunduran maksimumnya mencecah 75%, sebab itulah ia masih lagi dikategorikan sebagai risiko tinggi. Apa yang menarik, hampir 70% dagangan pada isyarat ini menggunakan pasangan GBP/USD.
- Bagi pelabur yang lebih sukakan risiko minimum atau sederhana mungkin berminat dengan pengurus yang mendapat gelaran KennyFXPRO-The Multi 3000 EA di khidmat PAMM NordFX. Pengurus ini telah menambah modal mereka sebanyak 37% dengan pengunduran kurang daripada 15% sejak Januari 2021.
Terdapat juga tawaran berisiko rendah yang lain di khidmat PAMM. Sebagai contoh, pulangan modal oleh TranquilityFX-The Genesis v3 adalah sebanyak 21% sepanjang tempoh lima bulan dengan pengunduran maksimum kurang daripada 10%.
Dalam kalangan perkongsian IB, 3 TEMPAT TERATAS NordFX adalah seperti berikut:
- komisen terbesar bulan Ogos, USD 23,498, telah dikreditkan kepada rakan kongsi dari India, pemilik akaun No.1504ХXХ;
- seterusnya adalah rakan kongsi dari Filipina, pemilik akaun No.1352ХХХ yang memperoleh USD 6,608;
- dan akhir sekali, rakan kongsi dari Timur Tengah (pemilik akaun no. 1569XXX) yang menerima komisen sebanyak USD 3,688 menduduki tempat ketiga.